Cara Mudah Untuk Dapatkan Laporan CCRIS Dari Rumah

CARA MUDAH DAN MURAH DAPATKAN LAPORAN CCRIS DARI RUMAH

Bukan RM26.50!

Bukan RM10.60!

Laporan CCRIS ni akan bagitau tahap kesihatan kewangan kau. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, kau takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.

Kewangan yang tak baik nombornya macam-macam. Ada 1, 2, 3, 4. Nombor 96 pun boleh jadi. Nombor 1 kat item Car Loan, maknanya kau sebulan tak bayar hutang kereta.

Kalau bulan ni kau ada nombor 3 kat CCRIS. Tiba-tiba kau dapat hidayah lalu insaf. Kau mula bayar cantik. Kau perlukan 12 bulan agar nombor 3 tu hilang daripada CCRIS kau.

Iya. Laporan CCRIS hanya akan tunjukkan rekod bayaran hutang bulanan kau selama 12 bulan terkini saja. Jadi, jangan risau. Masih ada peluang untuk kau perbaikinya.

Hutang apa masuk dalam CCRIS?

1. Pembiayaan peribadi
2. Pembiayaan beli kereta
3. Pembiayaan beli rumah
4. Kad kredit
5. PTPTN

Biasanya hutang atau pembiayaan yang kau ambil daripada bank dan institusi kewangan kecuali yang PTPTN tu lah. PTPTN bukan bawah bank. Tapi ada juga dalam CCRIS.

Kalau kau nak beli rumah, sebaiknya, semak dulu CCRIS 6 bulan sebelum tu. Jadi, kau ada masa nak cantikkan laporan CCRIS. Kalau tak, bank memang tak pandang muka kau.

Selain tengok sama ada kau ni bayar hutang cantik ke tak, dalam laporan CCRIS ni juga kau boleh semak balik berapa amaun yang kau pinjam dan berapa baki hutang belum langsai.

Macam-macam lagi kau boleh tengok dalam laporan CCRIS tu. Kau pernah tengok rekod CCRIS kau sendiri? Tak pernah? Entah-entah ada banyak nombor selain kosong. Haha!

Kau kena semak laporan CCRIS ni. Sebab kalau kau terkurang bayar RM1 pun, dikira tertunggak sebulan. Hari ni saya nak tunjuk cara dapatkan laporan CCRIS dengan mudah dan murah.

Tak payah nak peluh ketiak pergi Bank Negara. Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya gerakkan jari jemari saja.

Tak mahal pun.

Bukan RM26.50!

Bukan RM10.60!

Habis tu, berapa? Dah macam online seller pulak rasanya. Mesti menyirap buyer kalau dapat seller jenis macam ni. Haha! Kau baca je info kat gambar tu semua sampai habis. – HF

Continue reading