My 10 Sources of Income at Age 28 (6 Figure Entrepreneur)

My 10 Sources of Income at Age 28 (6 Figure Entrepreneur)

Anda Ingin Memperbaharui Insurans dan Takaful Kereta ? Dan jimat 10 % .Klik Sini

Like Facebook Klinik Kewangan
Follow Instagram Klinik Kewangan

Follow Twitter Klinik Motivasi
Subscribe Youtube Klinik Motivasi

Apa Sedang Berlaku Dalam Hartanah ?

APA SEDANG BERLAKU DALAM HARTANAH ?

1. GOLONGAN ‘A’ .

Jika masih muda, golongan ini tidak minat beli rumah, atau telah terbeli kereta, atau tak pasti nak duduk mana lagi.

Jika harga rumah RM150k, mereka harus bayar rumah RM750 sebulan. Biasanya mereka belum berani membeli. Sebab itu saya selalu galakkan orang muda beli rumah.

2. Golongan ‘B’

Bila gaji RM3,000 orang lebih minat beli kereta idaman biasanya. Jika rumah RM250k ansuran bulanan sekitar RM1250 sebulan.

Gaji mereka masih berbaki RM1750 sebulan, belum tolak PTPTN lagi.

3. Golongan ‘C’

Golongan gaji sebegini biasanya telah matang, mereka mula faham apa itu aset dan liabiliti. Mereka dah pernah ‘terbeli sampah’ biasanya sebelum ini.

Kesedaran kewangan mula ada, maka mereka membeli boleh jadi untuk pelaburan atau itu yang mereka mampu beli sebab mereka telah ada BANYAK HUTANG! .

Jika kediaman RM500k biasanya ansuran bulanan sekitar RM2500 sebulan. Baki gaji RM2,500 sebulan jika beli.

4. Golongan ‘D’.

Golongan ini kebanyakkan pelabur, bab duit dan kewangan mereka semakin pintar. Jika kediaman RM800k. Ansuran bulanan sekitar RM4,000 sebulan.

Salahkah Golongan ‘C’ dan ‘D’ beli kediaman RM150k dan RM250k?

Menjadi kesalahan bila kediaman ini berada dibawah kawalan Kerajaan Negeri. Jika mereka beli ia menzalimi hak orang lain.

Tidak menjadi kesalahan jika kediaman yang diletakkan harga oleh pemaju sebenarnya melebihi HARGA PASARAN.

Kebanyakkan harga RM500k keatas kediaman strata terlalu tinggi dibandar besar. Berapa tinggi hartanah ini akan naik lagi dimasa depan?

Mahukah kita beli hartanah yang merugikan? Tahun ini beli RM800k, bila dah siap lepas 3 tahun harga yang pemaju sebelah jual satu unit baru RM750k!.

Bila mula kerja, saya lebih galakkan beli kediaman yang BAWAH RM300-350 sekaki persegi sahaja.

sekadar pandangan saya

Azizul Azli Ahmad 
Pelabur kecil kecilan

Sebelum Beli Rumah Sendiri ?

Sebelum Beli Rumah Sendiri ?

Lakukan ini:

1. Jangan Bina hutang jahat, kad kredit dan pinjaman peribadi sila hati hati. Boleh makn diri.
2. Lindungi identiti diri, jangan bagi ic pada Bangla atau sesiapa tak dikenali. Mereka boleh copy.

3. Jika telah ada hutang pastikan kita membayar, kecuali terhutang budi dibawa mati.

4. Jaga kesihatan diri, jangan sampai takaful jadi tinggi sebab takut kita cepat mati.

5. Mulakan tabungan, kita bukan anak menteri 1MDB atau Raja Bali, kita hanya pernah jadi Raja Sehari.
6. Peruntukan 5% dari gaji sebagai duit hadir seminar atau baca buku property. Jangan kedekut nanti kita yang rugi. Mulakan cari ilmu baru membeli.
7. Elakkan diri jadi penjamin mana mana menteri yang nak buat pinjaman peribadi. Risiko mereka lari keluar negeri tinggi.
8. Pegi bank tunjuk slip gaji, tanyakan mereka rumah apa yang saya mampu beli. Pegawai bank bantu semak, rumah yang kita layak beli.

Azizul Azli Ahmad
Lelaki sejati dambaan isteri

Kewangan Sihat Baru Beli Rumah

Abe ih nak nasihatkan kat kawan semua, jangan ghairah membeli hartanah sebelum sihatkan kewangan.

Ramai client abe ih yang mintak carikan rumah yang mengikut budget mereka tp bile abe ih check DSR dan bogelkan kewangan mereka, abe ih sedih sebab tak dapat tolong…?

Then abe ih survey dari post kawan2, kebanyakan rakyat Malaysia ni, terutama Melayu lebih gemarkan topik hartanah dari topik kewangan.

Contoh kes viral baru-baru ni, ramai yang cakap kes tu menipu sebab mustahil dengan gaji sebanyak tu mampu membeli beberapa rumah.. mereka tak tahu yang perkara tu tak mustahil jika mempuyai kewangan yang sihat.

Abe ih tak sendiri ada seorang client yang gajinya hanya Rm2,500 tapi baru ni beli rumah berharga Rm350,000 melalui abe ih dan itu adalah hartanah yang ke 5 beliau. Orangnya sangat low profile. Kagum abe ih dibuatnya…

Macam mane dia mampu lakukan? Jawapan dia adalah sihatkan kewangan dulu sambil tu cari ilmu dan atur strategi.

Ini tidak, kewangan sakit tapi sibuk nak beli rumah sebab kawan-kawan lain semua dah beli rumah.

Dan ada satu kes client kepada kawan abe ih, buyer seorang Doktor di sebuah hospital…masa beli rumah katanya semua ok, bila ditanya deposit 10% dan legal fee, katanya mampu… deposit 3.18% takde masalah bayar…tapi bile dah nak kena sign snp tu.. perlu bayar 6.82% balance deposit untuk cukupkan deposit 10% katanya saving tak ada.. aiyooo!!!

Bile check kat facebook.. tengok baru balik dari jalan seminggu ke Thailand – Kemboja – Vietnam. ?…kalau client abe ih menang kena jentik telinga 50x… deym, berjoli ada duit plak…

Hmm.. macam tu la orang kita, ikut-ikut orang…

Just pesanan abe ih untuk diri sendiri jugak, cari ilmu pasal kewangan dulu, belajar selok belok simpanan dan pelaburan, atur strategi then di ikuti dengan action.

Insya’allah bile ada ilmu, ada masalah datang kita boleh atasi…

Paih Aman
Bangla Malaya
Individu yang pernah koyak kewangan

Tip Dari Mentor Hartanah

INI SIFU SAYA

Saya ada beberapa orang sifu. Sifu ni saya folo rapat program- program dan buku- buku beliau sejak hampir 10 tahun dulu. Beliau ni dah kira level mahaguru kat Malaysia. Banyak saya belajar drpd beliau mengenai kewangan dan hartanah.

Namanya Azizi Ali. Beliau ni memang lejen. Ada yang gelar level dewa kerana beliaulah antara yang paling perjuangkan ilmu kewangan n hartanah. Kalau sifu -sifu macam beliau takde dulu, takde lah orang – orang macam saya. Saya nak kongsi beberapa mindset beliau:

1. KAYA TAK JAHAT

Kaya tak jadikan kita jahat. Kaya cuma gandakan diri kita yg sebenar. Kalau kita ni baik, bila kaya jadi 10x baik. Kalau kita jahat, bila kaya jadi 10x jahat. Tak perlu takut takut jadi takut bila jadi kaya. Kalau tak kaya pun masih boleh sedekah.

Tak perlu tunggu kaya utk sedekah. Kalau miskin dah suka sedekah. Bila kaya 10x suka sedekah! Kalau masa miskin dah gatal suka main perempuan, masa kaya jadi 10x gatal. Haha! So takyah takut kaya. Jaga diri tu dulu.

2. SPEND IKUT KEPENTINGAN

Apa perbelanjaan2 kita yg besar? Jawapan yg biasa kita dengar ialah rumah n kereta. Ada lagi satu benda yg sepatutnye kita spend, kalau ikut kepentingan. Bagaimana nak tahu benda yg penting tu? Tengok berapa lama masa yg kita guna benda tu. So apa benda tu? Tilam!

Haa! Kalau kita tengok balik jadual hidup kita, kita akan spend 6 hingga 8 jam sehari utk tidur. Itu dah hampir 1/3 hidup kita! Tapi kita tak anggap benda tu penting. Sifu saya ni akan spens puluh ribu utk tilam dia. Kerana tidur itu penting. Memang kita kena fikir balik apa yg penting dalam hidup kita. Dan lihat bagaimana pula fokus kita terhadap perkara itu.

3. TAMBAH ILMU UTK TAMBAH HEBAT

Sifu Azizi ni dah banyak ilmu. Tapi tak pernah berhenti menimba ilmu baru. Beliau dah memang ada MBA n ChFC: Chartered Financial Consultant. Sekarang ni baru selesai IFP: Islamic Financial Planner.

Kenapa nak terus belajar? Kerana hukumnye, learn more to earn more. Ada org kita ni ingat belajar tu masa kat sekolah je. Kalau fikir balik, apa yg kita belajar kat sekolah? Ilmu yg penting nak guna pakai dalam hidup? Memang pendidikan sekolah tu penting. Tapi ilmu kewangan, ilmu hartanah, ilmu agama yg berterusan dan lebih mendalam perlu dituntut.

ps: Anda boleh follow instagram Tuan Ahyat kat sini.