AAX jangka tiada impak kepada modal saham daripada langkah penstrukturan semula hutang

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X Bhd (AAX) menjangka cadangannya untuk melaksanakan penstrukturan semula hutang berjumlah RM63.5 bilion tidak akan memberi sebarang kesan kepada modal sahamnya, pegangan saham pemegang saham utama dan struktur kumpulan itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat sekutu AirAsia Bhd itu berkata langkah tersebut, bagaimanapun, akan memberi impak kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang syarikat.

Syarikat penerbangan itu berkata ia merancang cadangan penstrukturan semula hutang secara besar-besaran iaitu syarikat penerbangan akan menyusun semula kira-kira RM63.5 bilion lebihan daripada penyelesaian hutang bernilai RM200 juta yang terhutang kepada pemiutang pada kedudukan yang sama.

Anda Ingin Memperbaharui Insurans dan Takaful Kereta ? Dan jimat 10 % .Klik Sini

Like Facebook Klinik Kewangan
Follow Instagram Klinik Kewangan

Follow Twitter Klinik Motivasi
Subscribe Youtube Klinik Motivasi

“Tertakluk kepada cadangan penstrukturan semula hutang yang diluluskan dan dilaksanakan, AAX mencadangkan pelanggan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan menerima kredit perjalanan untuk perjalanan masa depan atau pembelian inventori tempat duduk,” katanya.

AAX turut mencadangkan pengurangan modal saham kira-kira RM1.38 bilion daripada jumlah yang diaudit sebanyak RM1.53 bilion sehingga 31 Dis, 2019 kepada kira-kira RM150 juta.

Katanya hasil tersebut akan digunakan untuk mengimbangi kerugian terkumpul AAX.

Dilaporkan AAX akan memerlukan kelulusan daripada sekurang-kurangnya 75 peratus daripada jumlah pemiutang untuk cadangan itu dilaksanakan.

— BERNAMA