Ukur Baju Di Badan Sendiri

Kadang – kadang perbelanjaan adalah sesuatu yang subjektif jugak. Perbelanjaan mewah dan sederhana bagi setiap orang tidak sama. Ia bergantung kepada pendapatan masing – masing.

Pendapatan RM 2500 sebulan, gaya hidup macam orang berpendapatan RM 1500 sebulan. Itu sebenarnya sederhana dan berjimat – cermat.

Pendapatan RM 5000, gaya hidup macam orang berpendapatan RM 8,000 sebulan. Itu namanya tak pandai urus duit dan sedang cari penyakit kewaangan namanya.

Pendapatan RM 11,000 sebulan, gaya hidup macam orang berpendapatan RM 1 1,000. Itu munasabah.

Sebab itu lah pakar kewangan mencadangkan simpanan 10 peratus daripada sumber pendapatan bulanan kita untuk dana kecemasan dan untuk menghadapi situasi yang diluar jangkaan kita.

Untuk mengubati penyakit kewangan tersebut gunakan 2 panadol kewangan ini:

i) Cari peluang untuk tambahkan pendapatan.
ii) Cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan/hutang yang sedia ada.

Akhir sekali nasihat untuk orang yang masih bujang, simpanan bulanan daripada gaji perlu lah 20 peratus hingga 40 peratus daripada gaji baru senang untuk buat modal main saham dan hartanah. 🙂

Manakala nasihat untuk yang sudah bekeluarga simpanan 10 peratus sudah memadai untuk menjamin kewangan yang selesa.

Jangan Cemburu Sangat

Graduan yang mula dengan gaji RM 1500 tidak perlu cemburu dengan kawan yang bergaji RM 2000.

Fahami konsep rezeki masing – masing, rezeki Allah sangat luas dan rezeki tak datang bergolek dengan sendiri.

Kalau gaji anda RM 1500 nak samakan dengan orang bergaji RM 2000, cipta pendapatan kedua yang menjana RM 500.

Kalau nak, buat. Kalau tak, abaikan. Takkan saya pula yang kena sara hidup anda. Takkan saya yang kena bagi RM 500 sebulan pada anda, baru puas hati.

“Cakap memang senang, bro! Kamu ingat senangkah nak buat? Penat tau balik pejabat, nak berehat.”

#harithfaisal

 

10 Tip Ringkas Klinik Kewangan Dot Com

10 Tip Ringkas Klinik Kewangan Dot Com

  1. Realiti masyarakat kita, ramai yang boleh disiplinkan diri membayar hutang. Namun tidak ramai yang boleh disiplinkan diri dengan menyimpan.
  2. Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tak konsisten, gaji kau akan hilang entah ke mana.
  3. Sentiasa ada kaitan rapat antara kerjaya anda dengan kewangan anda. Semakin stabil kerjaya anda semakin stabil kewangan anda.
  4. Menyimpan adalah PROSES nak jadi kaya.
  5. Buying Power Vs Holding Power
  6. Simpanan yang kita buat setiap bulan bersifat serampang dua mata: Sebagai persediaan waktu susah dan sebagai modal pelaburan.
  7. Melabur untuk gandakan duit simpanan. Melabur bukan untuk dapat duit lebih untuk bayar hutang tiap bulan.
  8. Melabur pada usia muda ibarat menyiram air pada pokok. Lama – kelamaan, pokok akan tumbuh dan anda hanya perlu memetik buahnya.
  9. Kudis kewangan adalah hutang – hutang jahat yang anda ada seperti hutang kad kredit dan personal loan.
  10. Dalam pelaburan, rugi itu sudah confirm, untung belum tentu lagi.

Bebaskan daripada Memikirkan Tentang Wang

Orang yang bebas kewangan ialah orang yang tidak perlu lagi fikir tentang wang siang dan malam. Walaupun mereka terus bekerja, mereka bukan lagi bekerja untuk wang. Mereka bekerja untuk mencari kepuasan dan makna hidup.

Orang yang mencapai kebebasan kewangan bukanlah orang bergaji besar dan bukan sekadar berpendapatan besar.

Tapi mempunyai pendapatan yang kukuh yang melebihi keperluan mereka, dan pendapatan tersebut bertahan lama tanpa perlu ‘bekerja’ lagi.

Maksud Financially Free yang Anda Wajid Tahu

Ada juga antara kita tidak mahu menjadi jutawan. Namun itu tidak mengapa kerana itu terpulang kepada individu.

Tiada perancangan kewangan bererti kita bersedia untuk gagal dalam kewangan peribadi

Berjaya dalam kewangan bukan sekadar berjaya untuk mendapat pendapatan aktif yang baik sahaja tetapi, berjaya mengawal ke mana perginya pendapatan tersebut.

Financially Free atau bebas kewangan adalah apabila pendapatan pasif kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Maksudnya walaupun kita tidak bekerja, kewangan peribadi kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.