Apa Sedang Berlaku Dalam Hartanah ?

APA SEDANG BERLAKU DALAM HARTANAH ?

1. GOLONGAN ‘A’ .

Jika masih muda, golongan ini tidak minat beli rumah, atau telah terbeli kereta, atau tak pasti nak duduk mana lagi.

Jika harga rumah RM150k, mereka harus bayar rumah RM750 sebulan. Biasanya mereka belum berani membeli. Sebab itu saya selalu galakkan orang muda beli rumah.

2. Golongan ‘B’

Bila gaji RM3,000 orang lebih minat beli kereta idaman biasanya. Jika rumah RM250k ansuran bulanan sekitar RM1250 sebulan.

Gaji mereka masih berbaki RM1750 sebulan, belum tolak PTPTN lagi.

3. Golongan ‘C’

Golongan gaji sebegini biasanya telah matang, mereka mula faham apa itu aset dan liabiliti. Mereka dah pernah ‘terbeli sampah’ biasanya sebelum ini.

Kesedaran kewangan mula ada, maka mereka membeli boleh jadi untuk pelaburan atau itu yang mereka mampu beli sebab mereka telah ada BANYAK HUTANG! .

Jika kediaman RM500k biasanya ansuran bulanan sekitar RM2500 sebulan. Baki gaji RM2,500 sebulan jika beli.

4. Golongan ‘D’.

Golongan ini kebanyakkan pelabur, bab duit dan kewangan mereka semakin pintar. Jika kediaman RM800k. Ansuran bulanan sekitar RM4,000 sebulan.

Salahkah Golongan ‘C’ dan ‘D’ beli kediaman RM150k dan RM250k?

Menjadi kesalahan bila kediaman ini berada dibawah kawalan Kerajaan Negeri. Jika mereka beli ia menzalimi hak orang lain.

Tidak menjadi kesalahan jika kediaman yang diletakkan harga oleh pemaju sebenarnya melebihi HARGA PASARAN.

Kebanyakkan harga RM500k keatas kediaman strata terlalu tinggi dibandar besar. Berapa tinggi hartanah ini akan naik lagi dimasa depan?

Mahukah kita beli hartanah yang merugikan? Tahun ini beli RM800k, bila dah siap lepas 3 tahun harga yang pemaju sebelah jual satu unit baru RM750k!.

Bila mula kerja, saya lebih galakkan beli kediaman yang BAWAH RM300-350 sekaki persegi sahaja.

sekadar pandangan saya

Azizul Azli Ahmad 
Pelabur kecil kecilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *