Kewangan Sihat Baru Beli Rumah

Abe ih nak nasihatkan kat kawan semua, jangan ghairah membeli hartanah sebelum sihatkan kewangan.

Ramai client abe ih yang mintak carikan rumah yang mengikut budget mereka tp bile abe ih check DSR dan bogelkan kewangan mereka, abe ih sedih sebab tak dapat tolong…?

Then abe ih survey dari post kawan2, kebanyakan rakyat Malaysia ni, terutama Melayu lebih gemarkan topik hartanah dari topik kewangan.

Contoh kes viral baru-baru ni, ramai yang cakap kes tu menipu sebab mustahil dengan gaji sebanyak tu mampu membeli beberapa rumah.. mereka tak tahu yang perkara tu tak mustahil jika mempuyai kewangan yang sihat.

Abe ih tak sendiri ada seorang client yang gajinya hanya Rm2,500 tapi baru ni beli rumah berharga Rm350,000 melalui abe ih dan itu adalah hartanah yang ke 5 beliau. Orangnya sangat low profile. Kagum abe ih dibuatnya…

Macam mane dia mampu lakukan? Jawapan dia adalah sihatkan kewangan dulu sambil tu cari ilmu dan atur strategi.

Ini tidak, kewangan sakit tapi sibuk nak beli rumah sebab kawan-kawan lain semua dah beli rumah.

Dan ada satu kes client kepada kawan abe ih, buyer seorang Doktor di sebuah hospital…masa beli rumah katanya semua ok, bila ditanya deposit 10% dan legal fee, katanya mampu… deposit 3.18% takde masalah bayar…tapi bile dah nak kena sign snp tu.. perlu bayar 6.82% balance deposit untuk cukupkan deposit 10% katanya saving tak ada.. aiyooo!!!

Bile check kat facebook.. tengok baru balik dari jalan seminggu ke Thailand – Kemboja – Vietnam. ?…kalau client abe ih menang kena jentik telinga 50x… deym, berjoli ada duit plak…

Hmm.. macam tu la orang kita, ikut-ikut orang…

Just pesanan abe ih untuk diri sendiri jugak, cari ilmu pasal kewangan dulu, belajar selok belok simpanan dan pelaburan, atur strategi then di ikuti dengan action.

Insya’allah bile ada ilmu, ada masalah datang kita boleh atasi…

Paih Aman
Bangla Malaya
Individu yang pernah koyak kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *