Zakat Simpanan

ZAKAT SIMPANAN

1. Petang semalam, buat kesekian kalinya aku terdengar info berkaitan zakat simpanan yang dikongsikan di Sinar FM. Mungkin ada yang tidak mengetahuinya dan mungkin juga ada yang kurang jelas.

2. Seperti yang dikongsikan, zakat simpanan perlulah cukup haul dan nisabnya dan ianya dengan mengambil kira ‘baki terendah’ yang ada dalam simpanan kita selama setahun. Jika baki terendah itu melebihi nisab yang ditetapkan (sila rujuk website pusat zakat), maka wajiblah simpanan kita untuk dizakatkan.

3. Memandangkan aku mempunyai 4 buku simpanan (MBB, CIMB, PBB & Affin), maka aku perlu menjumlahkan keempat-empat baki terendah yang ada di setiap bank untuk pengiraan nisabnya. Jika lebih, maka perlulah aku mengeluarkan zakat simpanan.

4. Apa pun, bagi akaun yang bersifat konvensional, maka penjumlahan tersebut hendaklah ditolak dengan ‘interest’ yang diberikan pihak bank manakala bagi penyimpan akaun Tabung Haji pula, mereka tidak perlu risau untuk mengeluarkan zakat simpanan kerana zakat mereka telah dilunaskan oleh pihak Tabung Haji itu sendiri.

5. Begitulah perkongsian yang sempat aku dengar ketika DJ Abby Fana sedang bersiaran.

Abang Ensem
Pendengar Setia Sinar FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *