Tip Dari Mentor Hartanah

INI SIFU SAYA

Saya ada beberapa orang sifu. Sifu ni saya folo rapat program- program dan buku- buku beliau sejak hampir 10 tahun dulu. Beliau ni dah kira level mahaguru kat Malaysia. Banyak saya belajar drpd beliau mengenai kewangan dan hartanah.

Namanya Azizi Ali. Beliau ni memang lejen. Ada yang gelar level dewa kerana beliaulah antara yang paling perjuangkan ilmu kewangan n hartanah. Kalau sifu -sifu macam beliau takde dulu, takde lah orang – orang macam saya. Saya nak kongsi beberapa mindset beliau:

1. KAYA TAK JAHAT

Kaya tak jadikan kita jahat. Kaya cuma gandakan diri kita yg sebenar. Kalau kita ni baik, bila kaya jadi 10x baik. Kalau kita jahat, bila kaya jadi 10x jahat. Tak perlu takut takut jadi takut bila jadi kaya. Kalau tak kaya pun masih boleh sedekah.

Tak perlu tunggu kaya utk sedekah. Kalau miskin dah suka sedekah. Bila kaya 10x suka sedekah! Kalau masa miskin dah gatal suka main perempuan, masa kaya jadi 10x gatal. Haha! So takyah takut kaya. Jaga diri tu dulu.

2. SPEND IKUT KEPENTINGAN

Apa perbelanjaan2 kita yg besar? Jawapan yg biasa kita dengar ialah rumah n kereta. Ada lagi satu benda yg sepatutnye kita spend, kalau ikut kepentingan. Bagaimana nak tahu benda yg penting tu? Tengok berapa lama masa yg kita guna benda tu. So apa benda tu? Tilam!

Haa! Kalau kita tengok balik jadual hidup kita, kita akan spend 6 hingga 8 jam sehari utk tidur. Itu dah hampir 1/3 hidup kita! Tapi kita tak anggap benda tu penting. Sifu saya ni akan spens puluh ribu utk tilam dia. Kerana tidur itu penting. Memang kita kena fikir balik apa yg penting dalam hidup kita. Dan lihat bagaimana pula fokus kita terhadap perkara itu.

3. TAMBAH ILMU UTK TAMBAH HEBAT

Sifu Azizi ni dah banyak ilmu. Tapi tak pernah berhenti menimba ilmu baru. Beliau dah memang ada MBA n ChFC: Chartered Financial Consultant. Sekarang ni baru selesai IFP: Islamic Financial Planner.

Kenapa nak terus belajar? Kerana hukumnye, learn more to earn more. Ada org kita ni ingat belajar tu masa kat sekolah je. Kalau fikir balik, apa yg kita belajar kat sekolah? Ilmu yg penting nak guna pakai dalam hidup? Memang pendidikan sekolah tu penting. Tapi ilmu kewangan, ilmu hartanah, ilmu agama yg berterusan dan lebih mendalam perlu dituntut.

ps: Anda boleh follow instagram Tuan Ahyat kat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *